Saturday, April 28, 2012

Cuka Kurma (Dates Vinegar)


Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Cuka, sesungguhnya Cuka adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Cuka dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim, Ibnu Majah)



Cuka(khal) kurma berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. 

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.


Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). 


CARA PEMAKANAN :-

Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:
  1. Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.
  2. Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:

1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.


3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .


4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.



SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL CUKA KURMA INI?
1-Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hypertension),kencing manis (diabetes), penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain) dan apa jua penyakit yang wujud.

2-Mereka yang mementingkan kesihatan.


3-Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa)



Kandungan Cuka Kurma:-

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). 

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).



Tidak digalakkan untuk wanita mengandung.


2 comments:

  1. Salam, saya pernah membeli produk ini. Bila sekarang tengah sibuk tentang penyeksaan Syiah terhadap orang Islam, saya rasa produk ini tidak seharusnya dipasarkan lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam... apa kata "kalau orang barat yg serang/menindas... mengapa kita masih menggunakan produk2 buatan BARAT... seperti barang elektronik, yang terdekat KOMPUTER". ^_^ peace!!!

    ReplyDelete