Sunday, November 27, 2016

Garam Bukit

*Garam Bukit Rendaman Kaki*
– Melancarkan peredaran darah
– Melegakan sakit otot & kekejangan
– Mengatasi masalah rekahan tumit kaki, berpeluh & berbau
– Sakit sendi & sengal tulang
– Menyegarkan kaki dari kebas-kebas
– Mengurangkan kesakitan dari gout, keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan

Aturan Penggunaan:
Sediakan air suam paras buku lali, masukkan 2 sudu besar garam, kacau ikut arah lawan jam.
Rendam kaki selama 30 minit.

"Lebih mujarab jika ditambah ketulan AIS didalam air garam bukit."




Wednesday, May 09, 2012

AIR dalam tubuh KITA

9/10 daripada badan manusia adalah terdiri daripada air. Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen.

Kandungan air dalam organ badan:* Darah = 82%* Otot-otot = 75%
* Tulang = 22%
* Ginjal = 82%
* Otak = 74%


PERANAN AIR

Mengimbangankan suhu badan dan pengaliran darah serta membebaskan kepanasan dalam badan juga mempergiatkan sistem penghadaman atau meningkatkan kadar pencernaan, supaya menyerap zat-zat dari makanan dengan sempurna. 


Dapatkah air memainkan peranannya??? Air yang Tulen lagi bersih biasanya ber-Energi, atas izin ALLAH Yang Maha Kuasa, air Tulen bersih ber-Energi mampu menjadi penawar/terapi dalam penyembuhan segala jenis penyakit yang ringan mahu pun berat.


◊ KELEBIHAN AIR BERALKALI
Anda mungkin tidak tahu setiap yang kita makan mempunyai kesan yang drastik kepada badan dan pH badan kita. Sesetengah makanan kita berasid, manakala sesetengahnya pula beralkali. Kesemuanya akan meninggalkan kumuhan berasid, melainkan kita "flush"kan keluar dengan Air Alkali, ia akan bertambah sebagai deposit.


◊ KEBAIKAN AIR ALKALI
Hanya dengan meminum 8 gelas air alkali setiap hari bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus yang juga penyebab penyakit. Anda akan mula merasa kelainan dari luar dan dalam.


Kunci utama kepada proses ini adalah air. Seperti sungai yang memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah "free radikal" yang dineutralkan, lebih banyak toksin yang dibuang dari sistem badan.


Dengan "oxidation reduction potential", saiz molekul air yang lebih halus dan beralkali bergabung untuk menjadikan Air Alkali sebagai Air terbaik untuk menyah-hidrat badan dan mengawal acidosis.
Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan Air Alkali.



Friday, May 04, 2012

PATI DELIMA


Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan.


PATI DELIMA GULSON
Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen

• MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
• DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
• MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
• MERANGSANG TENAGA BATIN
• MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
• MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
• MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
• DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
• MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
• MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
• MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
• MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
• MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
• DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
• MELINDUNGI OTAK BAYI



pati delima RM25 RM20


Surah AL-AN'AM ayat 99
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Wednesday, May 02, 2012

Rahsia Rasulullah Sehat


Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.A.W. adalah udara segar di subuh hari. 

Lepas dari subuh, Rasulullah S.A.W. membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. 

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.A.W. selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang.

Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi pengambilannya dengan makanan asasi, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

Saturday, April 28, 2012

Cuka Kurma (Dates Vinegar)


Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Cuka, sesungguhnya Cuka adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Cuka dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim, Ibnu Majah)



Cuka(khal) kurma berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. 

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.


Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). 


CARA PEMAKANAN :-

Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:
  1. Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.
  2. Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:

1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.


3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .


4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.



SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL CUKA KURMA INI?
1-Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hypertension),kencing manis (diabetes), penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain) dan apa jua penyakit yang wujud.

2-Mereka yang mementingkan kesihatan.


3-Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa)



Kandungan Cuka Kurma:-

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). 

Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).



Tidak digalakkan untuk wanita mengandung.


Thursday, April 26, 2012

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)


Nabi saw memakan roti bercecahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum makan apa2 adalah cara rawatan Tibb Nabawi yang AJAIB!!!

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Merupakan makanan sunnah rasulullah saw...

Dalam perubatan Islam:

1) Amat baik untuk rawatan Santau Makan

2) Santau atau sihir merosakkan kulit

Antara khasiat cuka epal ialah:
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
  • Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
  • Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.



Jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, epal cider adalah jawapannya. Kita agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran.

Pengambilan Cuka Epal beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional.

Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan apple cider tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
  • Merangsang pemecahan lemak
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menguatkan tenaga dalaman
  • Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
  • Melawaskan usus besar dan kecil
  • Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
  • Masalah kulit seperti jerawat
  • Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  • Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
  • Melembapkan dan mengencangkan kulit
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
  • Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  • Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  • Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.



Friday, March 16, 2012

Pewangi Kereta Unik CarSemerbak

Ramai tahu bahawa pewangi kereta digunakan untuk menghilangkan bau-bau hapak yang terkumpul di dalam kereta kesan daripada penggunaan alat penyaman udara (air-conditioner) dan juga bau-bau yang tidak disenangi yang datang dari barang-barang pasar, buah-buahan seperti durian serta makanan-makanan lain yang dibawa masuk ke dalam kereta. Oleh itu, ramai pemilik kenderaan mula menggunakan pewangi kereta dengan bauan yang digemari oleh mereka dan seisi keluarga.

Keunikan pewangi kereta CarSemerbak adalah pada jenis-jenis harumannya yang pelbagai. Antara yang paling laris adalah Lemon, Apple Blossom, Aqua, Pacific Air dan Vanilla Bouquet. Nama wangian itu saja dah cukup untuk buatkan anda terbayang-bayang betapa harumnya kereta anda bila sudah mendapatkan pewangi kereta CarSemerbak. Setiap pewangi kereta CarSemerbak didatangkan di dalam botol 5ml dan 7ml serta penggunaan wangian CarSemerbak mampu bertahan sehingga 45 hari.

Cara penggunaannya amat mudah dan tidak sama seperti pewangi-pewangi kereta yang lain yang perlu dilekatkan pada tempat penyaman udara kereta. Ia juga tidak perlu letakkan di atas dashboard dan meninggalkan kesan pelekat atau kadangkala boleh mengganggu penglihatan dan pemanduan anda. Dengan pewangi kereta CarSemerbak, anda hanya perlu menyangkut botol wangian pilihan anda di batang lampu signal atau batang wiper dan masih mampu mengeluarkan wangian yang kuat.

Tapi bagaimana pewangi kereta CarSemerbak mampu bertahan sehingga 45 hari penggunaan? Jawapannya mudah. Pewangi kereta CarSemerbak boleh digunakan mengikut keperluan pemilik kenderaan menggunakan pewangi masing-masing. Lebih kerap anda gunakan pewangi kereta tersebut ketika memandu, lebih singkatlah kesan wangian kereta CarSemerbak anda.

Untuk memaksimakan penggunaan pewangi kereta CarSemerbak, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka penutup kayu luar dan penutup plastik di bahagian dalam penutup kayu.
  2. Tutup semula dan ketatkan penutup kayu.
  3. Terbalikkan botol pewangi kereta Car Semerbak selama lebih kurang 5 saat (penutup kayu dihalakan ke bawah) agar pewangi meresap ke dalam penutup kayu.
  4. Gantung botol pewangi kereta CarSemerbak di tempat yang anda rasakan sesuai di dalam kereta anda.
  5. Hanya resapkan pewangi kereta CarSemerbak pada penutup kayu sekiranya kesan bauan semakin hilang di dalam kereta anda.

Anda tidak perlu was-was dengan kandungan pewangi kereta CarSemerbak kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk keluaran Semerbak Industries dijamin selamat 100% serta tidak mengandungi alkohol. Anda boleh mendapatkan secara tempahan atau secara langsung bagi pewangi kereta CarSemerbak dengan 6 haruman unik iaitu Apple Blossom, Aqua, Lemon, Pacific Air, Vanilla Bouquet dan Amber dengan harga Cuma RM11.90 bagi 7ml.


Thursday, March 08, 2012

car SEMERBAK ~ pewangi kereta

Perjalanan yang panjang dan memakan masa berjam-jam memerlukan keselesaan dalam pemanduan. Lebih-lebih lagi ketika balik beraya di kampung untuk bertemu orang tersayang. Jawapannya!!! Pewangi kereta "CarSemerbak" sesuai untuk semua situasi kenderaan samada kereta, van, lori, bas, teksi, ambulan, keretapi, tut-tut dan banyak lagi.
Cara Penggunaan : Buka penutup kayu & pendua. Pasang semula penutup kayu dan terbalikkan botol selama 2-3 saat. Setelah meresap, gantung pada bahagian sesuai.



"Hanya 5 Saat Diperlukan Untuk Jadikan Kereta Anda Lebih Ceria Dari BiasaDan Nikmati Pemanduan Selesa Ketika Balik Beraya Bersama Keluarga"



Tuesday, September 13, 2011

Garam Bukit

Garam Bukit berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit telah wujud sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.

Ianya 100% asli. Terdiri daripada 84 kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia seperti hydrogen, lithium, beryllium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminum, silicum, phosphorus, sulfur, chloride, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, nickel, copper, zinc, gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium, palladium, silver, cadmium, indium, tin, antimony, tellurium, iodine, cesium, barium, lanthanum, cerium, praseodymium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, hafnium, tantalum, fungsten, rhenium. Osmium, iridium, platinum, gold , mercury , thallium, lead, bismuth, polonium, astatine, francium, radium, actinium, thorium, protactinium, uranium, neptunium and plutonium.


Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains, garam mempunyai nilai yang unik. Berbanding struktur kristal yang lain, struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk. Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal. Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air, yang dengan mudahnya terlarut. Kristal Kuarza berkeadaan kekal. Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya.

Apabila garam larut dalam air, ia mencair semasa itu terbentuklah sole (so-lay).Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita. Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid. Garam tetap garam. Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole. Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita.

Garam dan Aktiviti otak

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita. Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku.

Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya. Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif. Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium.

Dalam masa 1 /1000 saat, potensi elektrik berubah dan dibebaskan, dengan setiap denyutan saraf, 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan. Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku. Apalagi untuk berfikir, apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.

Tindakan minum segelas air, memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan. Pada mulanya hanyalah fikir nak minum. Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet. Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ.