Wednesday, May 09, 2012

AIR dalam tubuh KITA

9/10 daripada badan manusia adalah terdiri daripada air. Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen.

Kandungan air dalam organ badan:* Darah = 82%* Otot-otot = 75%
* Tulang = 22%
* Ginjal = 82%
* Otak = 74%


PERANAN AIR

Mengimbangankan suhu badan dan pengaliran darah serta membebaskan kepanasan dalam badan juga mempergiatkan sistem penghadaman atau meningkatkan kadar pencernaan, supaya menyerap zat-zat dari makanan dengan sempurna. 


Dapatkah air memainkan peranannya??? Air yang Tulen lagi bersih biasanya ber-Energi, atas izin ALLAH Yang Maha Kuasa, air Tulen bersih ber-Energi mampu menjadi penawar/terapi dalam penyembuhan segala jenis penyakit yang ringan mahu pun berat.


◊ KELEBIHAN AIR BERALKALI
Anda mungkin tidak tahu setiap yang kita makan mempunyai kesan yang drastik kepada badan dan pH badan kita. Sesetengah makanan kita berasid, manakala sesetengahnya pula beralkali. Kesemuanya akan meninggalkan kumuhan berasid, melainkan kita "flush"kan keluar dengan Air Alkali, ia akan bertambah sebagai deposit.


◊ KEBAIKAN AIR ALKALI
Hanya dengan meminum 8 gelas air alkali setiap hari bukan sahaja membantu penghadaman, tetapi juga membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam usus yang juga penyebab penyakit. Anda akan mula merasa kelainan dari luar dan dalam.


Kunci utama kepada proses ini adalah air. Seperti sungai yang memerlukan air mengalir, begitu juga usus. Lebih banyak air yang diserap maka lebih banyaklah "free radikal" yang dineutralkan, lebih banyak toksin yang dibuang dari sistem badan.


Dengan "oxidation reduction potential", saiz molekul air yang lebih halus dan beralkali bergabung untuk menjadikan Air Alkali sebagai Air terbaik untuk menyah-hidrat badan dan mengawal acidosis.
Kesihatan yang sempurna bermula dari usus yang bersih dan pembersihan bermula dengan Air Alkali.



Friday, May 04, 2012

PATI DELIMA


Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan.


PATI DELIMA GULSON
Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen

• MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
• DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
• MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
• MERANGSANG TENAGA BATIN
• MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
• MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
• MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
• DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
• MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
• MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
• MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
• MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
• MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
• DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
• MELINDUNGI OTAK BAYI



pati delima RM25 RM20


Surah AL-AN'AM ayat 99
Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Wednesday, May 02, 2012

Rahsia Rasulullah Sehat


Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.A.W. adalah udara segar di subuh hari. 

Lepas dari subuh, Rasulullah S.A.W. membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. 

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.A.W. selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang.

Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi pengambilannya dengan makanan asasi, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.