Sunday, March 27, 2011

Lampu Kristal Garam Bukit

Lampu Kristal Garam Bukit ini sangat sesuai digunakan dimana-mana ruang dalam rumah atau pun pejabat (jika dibenarkan) untuk mengurangkan kesan-kesan radiasi. Lampu kristal garam ini jauh lebih baik daripada mana-mana made ionizer sebab ianya tak mengeluarkan bunyi bising dan tidak memberi/menghasilkan ozone yang tidak baik.

LAMPU KRISTAL GARAM mampu memberi
Tenaga Pemulihan Semulajadi dari Bumi



Faedah-faedah Lampu Kristal Garam:


1) PENGHIDAP ALERGI
Lampu kristal garam dapat membersihkan kandungan udara di sekeliling anda melalui cara pengionan. Lampu ini mempunyai kebolehan memperbaiki kualiti udara disamping meweujudkan keadaan yang bersih & selesa serta suasana yang menyegarkan.

2) PEKERJA-PEKERJA DI PEJABAT
Di tempat kerja, lampu ini dapat meningkatkan tumpuan anda di samping menyegarkan anda dengan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Letakkan lampu kristal garam ini berdekatan komputer anda bagi menghilangkan rasa penat serta mengurangkan kesan radiasi dari monitor komputer.

3) IBUBAPA
Letakkan lampu kristal ini berhampiran katil anak anda. Ia selamat digunakan & mengeluarkan cahaya yang sangat indah pada waktu malam. Ia dapat membantu anak anda tidur dengan lena & menjamin kualiti udara persekitaran.

4) KESIHATAN
Ion-ion negatif yang dibebaskan dari lampu kristal garam ini membersihkan udara dari debu, debunga, bakteria serta kulat yang terkandung dalamnya. Ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit seperti asma, tekanan emosi, & juga keletihan. Di samping itu kandungan asap dalam udara dapat dikurangkan.